Keanggotaan
Koperasi mempunyai anggota yang aktif seramai 500 terdiri daripada kakitangan kerajaan berjawatan tetap dalam negeri Kedah khususnya di daerah Kulim. Koperasi ditadbir oleh 9 Anggota Lembaga Koperasi yang dilantik oleh Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka terdiri daripada anggota-anggota yang berpengalaman dalam selok belok Koperasi dan dibantu oleh kakitangan seramai 45 orang.
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-68 TAHUN 2025
UNDANGAN KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE 68
Dijemput Datoโ/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik
Untuk hadir bersama-sama ke MAT 68 anjuran
KOPERASI PEGAWAI PEGAWAI KERAJAAN DAERAH KULIM BERHAD
๐ 22 Mac 2025 (Sabtu)
๐ Pendaftaran : 8.00 pagi
๐ง Tutup Pendaftaran : 10.00 pagi
๐จ๐ปโ๐ป Kursus IKMA : 9.00 pagi
๐ Dewan Inspirasi, SMK Kulim
๐Link lokasi MAT 68 :
Lokasi Dewan Inspirasi
๐Semoga dengan kehadiran Tuan/Puan dapat menyerikan lagi program ini.
๐Mohon kerjasama pihak tuan/ puan untuk mengingati Nombor Anggota bagi kelancaran pendaftaran.
Dikemaskini Pada 21-03-2025
Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi 2024 (MAGK'24)
04 Sept 2024 (Rabu)
Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi 2024 (MAGK'24) telah diadakan di Swiss-Garden Hotel, Melaka anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Majlis ini diadakan bagi menghargai sumbangan yang diberikan oleh Gerakan Koperasi di dalam peningkatan kepada sosio-ekonomi negara.
MAGK'24 telah disempurnakan perasmiannya oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka.
YB Datuk Ewon Benedick dalam ucapan aluannya telah mengumumkan bahawa pada tahun 2025, Konvensyen Koperasi Masjid dan Sambutan Hari Koperasi Negara Peringkat Kebangsaan akan diadakan di Negeri Melaka.
Majlis ini telah menampilkan Profil 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2024, Anugerah Koperasi Premier Negara Tahun 2024 dan Anugerah Koperasi Terbaik Negara Tahun 2024.
Majlis yang penuh gemilang ini telah dihadiri oleh para koperator dari seluruh negara.
Tahniah SKM, tahniah juga kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tid
Dikemaskini Pada 18-09-2024
Peraduan 'ISI DAN MENANG'
Cabutan bertuah untuk peraduan 'Isi Dan Menang' telah diadakan pada 31.12.2023. Dihadiri oleh En Aziz, En Suhaimi dan En Bakri wakil Ahli Lembaga Koperasi.
Pemenang-pemenang telah dihubungi oleh pihak stesen dan hadiah telah dituntut. Tahniah kepada semua pemenang. Semoga perniagaan Stesen Petronas Kota Kenari terus maju kehadapan.
Klik disini
Klik disini
Dikemaskini Pada 13-01-2024
VIDEO KORPORAT
video KOPKULIM VERS 1.0
Dikemaskini Pada 30-12-2023
Seterusnya | Akhir |